RM15.00 - 7.5cm diameter
RM18.00 - 10cm diameter
RM22.00 - 12.5cm diameter
Sementara stok masih ada!
E-collar atau nama penuhnya Elizabethan Collar adalah alat seperti kon yang digunakan oleh kucing atau anjing di leher sebagai perlindungan dalam usaha mengelakkan mereka dari menjilat atau menggigit luka dan jahitan selepas pembedahan. Ia juga sesuai digunakan selepas penggunaan ubat kutu untuk menghapuskan kutu sengkerit, pinjal dan tungau seperti Frontline dan penggunaan Ilium Ear Drops atau Ear Canker Drops untuk menyingkirkan kutu telinga (earmites).
Diperbuat daripada plastik, boleh fleksibel dan di ubah (adjust) saiz mengikut keperluan. (Pada awal pemakaian, si Comel akan bersikap menentang atau terganggu. Demi kesihatannnya, biarkan sehingga ia selesa dengannya)
E-collar boleh digunakan sewaktu tidur tetapi buka e-collar ini apabila tiba waktu makan kucing atau anjing kesayangan anda kerana mereka tidak boleh menikmati makanan dengan pemakaiannya. Sarung atau letakkan kembali setelah mereka selesai makan.
1. email ke dearcats67@gmail.com, atau
2. sms ke 0111-9732294; atau
3. hubungi kami di Facebook - https://www.facebook.com/mydearcats.dc