Aristo Yi-Hu Natural Wood Litter (20kg)
Pasir kucing 'Natural wood litter' berasaskn serbuk kayu/papan ini merupakan produk biodegradable, berbentuk pellet dan berkeupayaan mengawal bau sehingga 4 kali ganda dari pasir kucing jenis lain.
Cara menggunakan Wood Litter
Curah 3/4 atau 1 inci wood litter ini ke dalam kotak najis kucing (Litter Tray). Wood Litter akan mengembang (fluff) sehingga 3-4 kali dari bentuk asal apabila terkena pada kelembapan. Bentuk akan bertukar kepada bentuk seperti serbuk kayu atau seperti hampas kelapa :)
Lebih elok jika kita dapat gunakan double layer litter box, di mana air kencing akan mengalir ke lapisan bawah dan wood litter yang telah menjadi hampas (akibat terkena air kencing kucing) tinggal di atas lapisan atas (filter yang berbentuk jaringan). Hampas tadi jika dibiarkan lama akan mengering sendiri dan boleh digunapakai sekali lagi :)
Bagaimana nak perkenalkan Wood Litter Pada Kucing?
Ada antara pembeli yg mengadu, kucing mereka enggan menggunakan wood litter. Sebenarnya dalam setiap pertukaran pasir atau makanan kucing, mahupun menukar litterbox, sangkar atau berpindah rumah, kita perlu melatih mereka kerana ianya di luar kebiasaannnya. Jangan sesekali kita perkenalkan atau memberinya secara DRASTIK.

Double Layer Litter Box |
Sebaik2nya gunakan lah scoop litter atau penyodok pasir yang berlubang besar. Ia dapat menjimatkan sebab memudahkan kita mengasingkan ketulan najis dengan butir2 pasir yang masih boleh digunakan.
DC guna jenama CatIt Litter Scoop seperti ini |
Bagaimana nak perkenalkan Wood Litter Pada Kucing?
Ada antara pembeli yg mengadu, kucing mereka enggan menggunakan wood litter. Sebenarnya dalam setiap pertukaran pasir atau makanan kucing, mahupun menukar litterbox, sangkar atau berpindah rumah, kita perlu melatih mereka kerana ianya di luar kebiasaannnya. Jangan sesekali kita perkenalkan atau memberinya secara DRASTIK.
Umpama menukar makanan dari jenama lama ke jenama yg baru, hendaklah kita campurkan makanan yg lama dgn yg baru sedikit demi sedikit dengan mengurangkan makanan jenama lama. Selalunya kucing akan suka dengan jenama makanan yg baru walaupun kita tukar secara mendadak. Tetapi cuba perhatikan selepas itu. Kebanyakkan kucing akan mengalami cirit birit atau diarrhea.
Begitu juga apabila kita cuba perkenalkan pasir kucing. Jika kita perkenalkan dengan wood litter, hendaklah kita campurkan dengan dengan jenis pasir kucing yg lama. Lebih baik campurkan sedikit pasir lama yg telah digunakan ke dalam campuran baru supaya kucing kita cam bau yg sama. Setiap hari lebihkan wood litter dan kurangkan jenis pasir yg lama hinggalah tiada langsung penggunaan pasir lama.
Mudah kan?